FAQ's (Soalan Lazim Yang Ditanya)
Sistem SPP II Web/ eMerah/ eKasih/eKhas |
|---|
Soalan 1: Bagaimanakah agensi di negeri boleh mendapatkan id bagi menggunakan Sistem SPP II Web?
Jawapan 1: Seharusnya permohonan id bagi agensi di negeri perlu terlebih dahulu merujuk pihak Kementerian agensi berkenaan. Bagaimanapun, pihak agensi boleh mendapatkan borang permohonan id melalui PPN Pahang untuk dihantar terus kepada pihak ICU, JPM.
Soalan 2: Bagaimana pula dengan id untuk Sistem eKasih?
Jawapan 2: Sila hubungi terus pegawai di Seksyen Pembasmian Kemiskinan, PPN Pahang.
Soalan 3: Adakah id Sistem eKhas/eMerah disediakan oleh pihak PPN Pahang?
Jawapan 3: Tidak. Id bagi Sistem eKhas/eMerah disediakan oleh pihak ICU, JPM. Untuk sebarang pertanyaan dan permohonan pihak agensi boleh menghubungi Seksyen Teknologi Maklumat, PPN Pahang.
Soalan 4: Siapakah yang seharusnya pihak agensi di negeri hubungi jika mempunyai masalah teknikal berkaitan Sistem SPP II Web, eMerah, eKasih atau eKhas?
Jawapan 4: Pihak agensi boleh terus menghubungi pegawai di Seksyen Teknologi Maklumat, PPN Pahang
Pentadbiran/ Kewangan |
|---|
Soalan 1: Bolehkan pihak agensi/pembekal/kontraktor mengetahui status baucar mereka?
Jawapan 1: Ya. Sila hubungi pegawai bertanggungjawab di Unit Kewangan, PPN Pahang.
Soalan 2: Berapa lamakah masa yang diambil untuk mengeluarkan surat kuasa bagi pelaksanaan projek kepada agensi pelaksana?
Jawapan 2: Piagam Pelanggan PPN Pahang menyatakan bahawa surat kuasa pelaksanaan projek kepada agensi pelaksana akan dikeluarkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima kelulusan dari Ibupejabat/ Kementerian.
Soalan 3: Apakah EFT?
Jawapan 3: EFT ialah Electronic Fund Transfer iaitu pembayaran secara elektronik yang dikreditkan secara terus ke akaun penerima.


