| PIAGAM PELANGGAN |
|---|
Sebagai agensi penggerak dan penyelaras pembangunan Negara di peringkat negeri yang unggul melalui penyelarasan, pengesanan dan penilaian dasar, program dan projek dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus yang baik.
Kami berjanji akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi agar kami sentiasa bergerak ke arah matlamat tersebut. Dalam hubungan kami dengan pelanggan-pelanggan, kami berjanji :
1. Bersedia memberi taklimat mengenai dasar, strategi dan pelaksanaan pembangunan negara pada bila-bila masa kepada stakeholders, jawatankuasa tertentu dan pelawat kenamaan sebaik sahaja menerima notis yang mencukupi;
2. Menyediakan dan mengedarkan minit-minit mesyuarat dengan lengkap dan tepat dalam tempoh 7 hari bekerja;
3. Menyediakan baucer pembayaran tuntutan (perkhidmatan/ bekalan/kontrak) dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap diterima;
4. Menyediakan penyata kewangan bulanan dan flimsi tidak lewat daripada 10 hari bekerja selepas flimsi diterima daripada Akauntan Negara;
5. Memastikan perjalanan mesyuarat-mesyuarat Jentera Penyelaras Pelaksanaan di bawah Arahan No. 1, 2004 Majlis Tindakan Negara berjalan lancar dan mengikut panduan yang ditetapkan dan persediaan dibuat sebulan sebelum tarikh mesyuarat sebenar diadakan;
6. Mengeluarkan surat kuasa pelaksanaan projek kepada agensi pelaksana dalam tempoh 3 hari bekerja selepas kelulusan diterima dari Ibu Pejabat/Kementerian;
7. Mengeluarkan waran peruntukan kepada agensi pelaksana bagi maksud pembayaran ke atas projek-projek yang dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
8. Memaklumkan kepada agensi pelaksana supaya melaksana dan menyiapkan projek-projek kecil pembangunan bernilai RM100,000.00 dan ke bawah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kuasa dikeluarkan;
9. Mengadakan Mesyuarat Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat negeri bagi menimbang dan menyetujui terima sebutharga dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima kertas-kertas perakuan dan mengeluarkan keputusan dalam tempoh satu hari bekerja;
10. Menyediakan laporan suku tahun kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan rancangan lima tahun pada setiap minggu ketiga bulan April, Julai, Oktober dan Januari untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri/ Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri seperti yang ditetapkan dalam Arahan No. 1 Tahun 2004;
11. Mengumpul dan mendapatkan maklumat-maklumat peruntukan/ cadangan projek-projek kecil/pembangunan untuk tahun berikutnya daripada Pejabat Daerah dan pihak-pihak berkaitan selewat-lewatnya 30 Oktober untuk dihantar kepada Ibu Pejabat dan Kementerian selewat-lewatnya pada 30 November;
12. Memberi khidmat runding cara dan sokongan teknikal mengenai SPP II dalam tempoh 1 minggu dari tarikh permohonan diterima;
13. Mengambil tindakan segera ke atas semua aduan awam dan menyediakan jawapan dalam tempoh 2 minggu setelah aduan diterima.
Jika atas sebab-sebab tertentu kami tidak dapat menunaikan tanggungjawab dalam tempoh yang dijanjikan seperti di atas, kami akan dengan serta merta memberi jaminan kepada pihak pelanggan untuk melaksanakannya dalam masa yang dipersetujui.


