
LATARBELAKANG
Program SDSI mula digerakkan dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) iaitu pada tahun 1992. Pada mulanya ia dikenali sebagai Program Satu Kampung Satu Produk (SKSP) mengambil ilham dari kejayaan Program One Village One Product (OVOP) di Oita Prefecture, Jepun. SKSP mula dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan pada masa itu dalam usaha membangunkan industri kecil-kecilan kraftangan dan produk-produk berasaskan makanan dan hasil pertanian.
Pada tahun 2002, kerajaan telah bersetuju Program SKSP diubah suai dengan nama Satu Kampung Satu Industri (SKSI) dan seterusnya pada tahun 2003 sekali lagi konsep ini diubah suai kepada Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dengan asas pembangunan dan matlamat yang lebih luas iaitu dari segi tenaga manusia dan sumber yang berdaya maju serta berdaya tahan. Sebenarnya pelaksanaan program seumpama ini telah berjalan dengan baik dan mencapai kejayaan seperti OVOP di JEPUN, OTOP (One Tambun One Product) di Thailand yang pendekatannya untuk membasmi kemiskinan. Begitu juga di Filipina menerusi OTOP merupakan satu program yang diwujudkan oleh Kerajaan Filipina untuk membasmi kemiskinan, meningkatkan tahap keusahawanan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Pada 8 Disember 2004, Jemaah Menteri memutuskan pelaksanaan Program SDSI diperkasakan dengan menubuhkan Jawatankuasa SDSI Peringkat Kebangsaan yang berperanan untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan Program SDSI dan ICU JPM telah diberikan peranan sebagai penyelaras utama program ini. Bagi memantap dan menggerakkan pelaksanaan Program SDSI dengan lebih berkesan, satu Arahan Pelaksanaan Program Satu Daerah Satu Industri telah dikeluarkan sebagai satu mekanisme untuk membantu jawatankuasa-jawatankuasa yang diwujudkan menjalankan peranan dengan secara yang lebih berkesan.
KONSEP
Program SDSI adalah berkonsepkan pembangunan satu atau dua produk/perkhidmatan beridentiti satu daerah dengan tujuan meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.
OBJEKTIF
Matlamat program ini bukan sekadar untuk mewujud atau melahirkan seberapa ramai usahawan yang berjaya tetapi lebih jauh sasarannya iaitu:-
- Menambah peluang untuk meningkatkan pendapatan.
- Memperkukuh masyarakat setempat dengan aktiviti sosio-ekonomi yang berdaya maju.
- Mencipta identiti sesebuah daerah melalui satu atau dua produk/perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi serta boleh berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
CIRI-CIRI
| Penggunaan sumber bahan tempatan secara ekonomik | |
| Menyediakan peluang penambahan pendapatan | |
| Menyediakan peluang pekerjaan | |
| Mewujudkan industri haluan dan hiliran | |
| Penggunaan sumber tenaga belia yang optimum |
Untuk maklumat lanjut berkaitan SDSI, sila hubungi Seksyen Projek Ekonomi Utama, ICU JPM. Di talian 03-8881 0346.
SENARAI PENGUSAHA YANG TERLIBAT DI PERINGKAT NEGERI PAHANG
DAERAH : BENTONG
| Bil | Pengusaha | Produk | Alamat |
| 1 | Unique Touch Enterprise[Zulkifli B Ismail] |
Batik Lukisan Tangan | Lot 2132, Jalan Mentakab, Batu 6,Jambu Rias Tel :016-2434189 |
DAERAH : BERA
| Bil | Pengusaha | Produk | Alamat |
| 1 | Koperasi (F) Mayam[Tn Hj Ahmad B Abd Latif] |
Puyuh Beku | Pejabat Koperasi (F) Mayam Tel : 013-9429167 |
DAERAH : CAMERON HIGHLANDS
| Bil | Pengusaha | Produk | Alamat |
| 1 | KHM Strawberries And Jam[Hj Khairani B Mohd] |
Produk Berasaskan Strawberry | KHM Strawberies and Jam,No.9, Taman Sedia,39000 Tanah Rata, Cameron Highlands Tel : 012-5191801 |
DAERAH : JERANTUT
| Bil | Pengusaha | Produk | Alamat |
| 1 | Temin Kraf Enterprise[Mohamad Zakaria & Zainal B Idris] |
Kraftangan/Cenderahati | KM.7, Jln Klinik Desa, Tel : 09-3010751 |
DAERAH : KUANTAN
| Bil | Pengusaha | Produk | Alamat |
| 1 | Realistic Ettraction Sdn Bhd[Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang-PKNP] |
Tenun Pahang | Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, Tingkat 5, Kompleks Teruntum, Kuantan Tel : 09-5135566 |
DAERAH : LIPIS
| Bil | Pengusaha | Produk | Alamat |
| 1 | [Shamsudin B Sehod] |
Gula Kabung | JKKK Kg. Peruang, Lipis Tel : 09-3125725 |
DAERAH : MARAN
| Bil | Pengusaha | Produk | Alamat |
| 1 | [Abdul Ghaffar Bin Barat] |
Nangka Madu (4 Jenis Produk) iaitu Chip Nangka/ Halwa/ Jem/ Nangka Fresh | Kg. Serengkam Tel :- |
| 2 | [Ismail Bin Mat Resad] |
Nangka Madu (4 Jenis Produk) iaitu Chip Nangka/ Halwa/ Jem/ Nangka Fresh | Kg. Senggora Tel : - |
| 3 | [Abd. Hamid Bin Mamat] |
Nangka Madu (4 Jenis Produk) iaitu Chip Nangka/ Halwa/ Jem/ Nangka Fresh | Kg. Luit Tel : - |
DAERAH : PEKAN
| Bil | Pengusaha | Produk | Alamat |
| 1 | [Azman Bin Zakaria] |
Tenun Pahang | Perniagaan Sutera, Pulau Keladi, Bangunan Karyaneka, Pulau Keladi,26000 Pekan Tel :012-9611073 |
| 2 | [Lotipah Binti Abd. Kadir] |
Tenun Pahang | 455, Kg. Ketapang Tengah, 26600 Pekan Tel : 09-4228058 |
| 3 | [Abu Saman Bin Bahari] |
Tenun Pahang | Syarikat Tenun Chini Enterprise, Felda Chini 5, 26690 Chini, Pekan Tel : 019-9896117 |
DAERAH : RAUB
| Bil | Pengusaha | Produk | Alamat |
| 1 | [Jamaludin Bin Hj Husin, PJKs] |
Bunga Kantan | Kg. Peruas, Ulu Dong Tel : 019-9638092/09-3659459 |
DAERAH : ROMPIN
| Bil | Pengusaha | Produk | Alamat |
| 1 | K-One Craft Corporation[Keratong 1] |
Kraftangan/ Cenderamata | Felda Keratong 1, Tel : - |
| 2 | Aziah Craft[Keratong 2] |
Kraftangan/ Cenderamata | No.150 Felda Keratong 2, Tel : - |
DAERAH : TEMERLOH
| Bil | Pengusaha | Produk | Alamat |
| 1 | [Mohd. Nor Bin Jaafar] |
Produk Ikan (Patin dan Talapia) | Kg. Kuala Kerdau, Temerloh Tel :019-9106470 |
| 2 | [Azhar Bin Malek] |
Produk Ikan (Patin dan Talapia) | Kg. Pangsenam, Temerloh Tel : 019-9634892 |
| 3 | [Aizun Bin Zainuddin] |
Produk Ikan (Patin dan Talapia) | Kg. Pangsenam, Temerloh Tel : 019-9562002 |


