| SEPINTAS LALU |
|---|
Pejabat Pembangunan Negeri Pahang pada awal penubuhannya dikenali sebagai Pejabat Kemajuan Negeri (PKN). PKN telah diwujudkan semenjak 14 Oktober 1969. Pada peringkat awal penubuhannya, pejabat ini telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara Dan Luar Bandar (KPNLB). Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970, sebuah unit telah ditubuhkan pada tahun 1971 yang dikenali sebagai Unit Penyelarasan, Perlaksanaan dan Penilaian (Implementation, Coordination And Evolution Unit – ICEU). Pejabat Kemajuan Negeri telah diletakkan di bawah unit ini.
Pada tahun 1972, ICEU telah digabungkan dengan Unit Kemajuan Pentadbiran (Development Administraton Unit – DAU) dan dikenali sebagai Unit Penyelarasan, Pelaksanaan dan Kemajuan Pentadbiran ( Implementation, Coordination and Evaluation Unit – ICDAU). Apabila urusan kemajuan pentadbiran dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit ini dikenali sebagai Bahagian Penyelarasan Pelaksanaan dan kemudiannya ditukar kepada Unit Penyelarasaan Pelaksanaan (UPP) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Dengan pelancaran DEB pada tahun 1970, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Negara (MTN) di peringkat Persekutuan. Strategi serampang dua mata DEB ialah untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Peranan utama MTN ialah untuk mengesan, menyelaras dan memastikan program-program dan projek-projek pembangunan yang dirancang, dilaksanakan dengan sempurna dan berjalan lancar .


